Tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid B40 dalam pembelajaran Bahasa Melayu
Zamri Mahamod1, Rohaida Mazlan2, Norziah Amin3, Mohd Zaki Abd. Rahman4.
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40. Kajian kes ini djalankan di dua buah sekolah menengah kebangsaan yang dikenal pasti ramai murid B40 yang tidak tahu dan kurang lancar membaca dan menulis di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 16 murid B40 tingkatan 1, iaitu 7 orang murid B40 kaum Cina, 4 orang murid B40 kaum India dan 5 orang murid B40 kaum Melayu dipilih sebagai peserta kajian. Seramai 8 orang murid B40 belajar di SMKA dan 8 orang murid B40 lagi belajar di SMKB. Temu bual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang sangat terhad dan terhad. Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Jika tahu menulis, mereka tidak tahu perkara yang ditulis. Murid B40 India pula, kemahiran membaca dan menulis mereka lebih baik daripada murid Cina walaupun ada dalam kalangan mereka tidak faham perkara yang dibaca dan ditulis. Bagi murid B40 Melayu pula, tahap penguasaan membaca dan menulis jauh lebih baik daripada murid B40 Cina dan India. Kesimpulannya, guru Bahasa Melayu, ibu bapa dan juga murid perlu bekerjasama menangani masalah kemahiran membaca dan menulis murid-murid B40 ini.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia
- Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Malaysia
- Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 43 time(s))