Intertekstualiti kiriman blog dalam kalangan remaja berdasarkan gender
Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin1.
Kajian ini bertujuan untuk melihat intertekstualiti teks antara kedua-dua remaja yang berlainan gender. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dan dianalisis menggunakan teori intertekstualiti oleh Julia Kristeva. Kajian-kajian berkaitan intertekstualiti ini banyak bertumpukan kepada karya-karya sastera terutamanya dalam penulisan novel, puisi dan sajak. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk melihat penggunaan teks dalam kiriman blog dan proses pemaknaan melalui teori intertekstualiti dalam penulisan kiriman blog oleh remaja berlainan gender. Dapatan kajian diperolehi melalui analisis terhadap kiriman blog dua orang remaja sepanjang tahun 2012 dan dapatannya dijalankan berdasarkan kajian kualitatif. Analisis dijalankan berdasarkan kepada empat rumus intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva, iaitu terdiri daripada hipoteks adalah tradisional, hipoteks adalah pengarang sendiri, hipoteks adalah teks pengarang lain dan hipoteks adalah teks bukan kreatif. Dalam dapatan kajian setelah analisis dijalankan menunjukkan bahawa teks yang dihasilkan oleh remaja melalui penulisan dalam internet tidak berdiri dengan sendirinya tetapi dipengaruhi daripada teks lainnya. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa yang pemaknaan teks yang wujud adalah berpengaruh dalam pemaknaannya.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 18 time(s))