View Article |
Penerapan kemahiran insaniah bagi domain afektif kemahiran komunikasi, sepanjang hayat, sosial dan kepimpinan untuk kemenjadian siswa universiti
Azhar Md Sabil1, Abdul Rasid Jamian2, Shamsuddin Othman3, Rozita Radiah Said4, Tajularipin Sulaiman5, Zarien Nurlieyana Aminuddin6.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan domain afektif untuk membentuk keberkesanan perwatakan yang baik. Domain ini merangkumi perasaan, rohani, tanggungjawab, keinginan, menghargai dan memahami dalam kalangan pelajar di institut pendidikan tinggi. Pensyarah memainkan peranan penting untuk menghasilkan kemenjadian pelajar agar seimbang dengan penghayatan pengajaran dan pembelajaran di universiti. Responden kajian melibatkan tujuh kumpulan, iaitu lima orang pelajar bacelor pendidikan tahun akhir bagi setiap kumpulan dengan mengambil kira tujuh program dalam bidang di Fakuti Pengajian Pendidikan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes dengan satu lokasi dan menggunakan kaedah kualitatif, iaitu temu bual berkumpulan secara separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar bacelor pendidikan mempunyai domain afektif secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan kemahiran insaniah, iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kerja berkumpulan, pembelajaran berterusan dan pengurusan, keusahawanan, etika dan moral dan juga kepimpinan. Hasil analisa temu bual menunjukkan bahawa mereka memahami dan menerapkan kemahiran insaniah dan domain afektif dalam diri sewaktu dalam kuliah dan di kolej kediaman bagi pengurusan diri, pembelajaran dan kerja berpasukan. Implikasi kajian ini mendapati pelajar bacelor pendidikan berupaya melahirkan pelajar universiti yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|