View Article |
Citra Wanita dalam Hikayat Perempuan oleh Amelia Hashim (Malaysia) dan Isinga: Roman Papua Oleh Dorothea Rosa Herliany (Indonesia) Berdasarkan Teori Kritikan Feminis
Norhayati Ab Rahman1, Cahyaningrum Dewojati2.
Karya sastera oleh pengarang lelaki atau pengarang wanita yang cenderung kepada gaya pengarang lelaki, sering menggambarkan wanita dengan imej wanita yang stereotaip seperti pengalaman wanita dipinggirkan, suara wanita dibisukan, dan bentuk-bentuk paparan yang menyerlahkan male-centredness. Corak penulisan sebegini ialah gambaran penindasan terhadap wanita yang berterusan, sekali gus mencerminkan ciri-ciri stereotaip wanita dalam sastera. Tulisan ini membincangkan novel Hikayat Perempuan dari Malaysia dan Isinga Roman Papua dari Indonesia. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri stereotaip wanita digambarkan dalam teks kajian, dan menilai sejauh mana ciri-ciri stereotaip mendominasi imej wanita yang dipaparkan. Penilaian tersebut dilakukan dengan menggunakan Teori Kritik Feminis oleh Elaine Showalter. Dapatan kajian menunjukkan sejumlah ciri stereotaip dicitrakan oleh pengarang, sementara selebihnya imej wanita telah keluar daripada stereotaip tersebut. Penemuan ini membuktikan bukan semua pengarang wanita yang terikut-ikut dengan cara mengarang lelaki memaparkan imej wanita yang stereotaip. Sebaliknya terdapat percubaan pengarang wanita untuk meruntuhkan sebahagian ciri-ciri stereotaip wanita tersebut.
Affiliation:
- Universiti Malaya (UM), Malaysia
- Universitas Gadjah Mada, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 60 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|