Reka bentuk ekspresi wajah dan tahap realistik Talking-Head dan kesannya terhadap emosi pelajar
Muhammad Ihsan Rokeman1, Ahmad Zamzuri Mohamad Ali2.
Animasi talking-head merupakan pendekatan yang boleh digunakan sebagai perwakilan guru atau agen pedagogi dalam medium pembelajaran digital. Namun, animasi talking-head berpotensi mengakibatkan ketidakselesaan sekiranya reka bentuk karakter talking-head yang tidak betul digunakan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan serta mencadangkan suatu kerangka konseptual bagi panduan untuk kajian-kajian berkaitan permasalahan ini. Kerangka konseptual ini dibina berdasarkan teori, prinsip dan tinjauan literatur yang dilakukan. Artikel ini juga menggariskan cadangan kajian lanjutan untuk mengukuhkan lagi kerangka konseptual yang dibina.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 47 time(s))