Kesan tutor hologram dalam bentuk karakter robot manusia terhadap pengalaman pelajar (Lx)
Mohd Khairulnizam Ramlie1, Ahmad Zamzuri Mohamad Ali2.
Tutor hologram sebagai perwakilan guru di dalam kelas merupakan suatu strategi yang mampu menarik minat serta meningkatkan motivasi pelajar. Sehingga kini, karakter manusia sebenar sering digunakan sebagai tutor hologram. Walaubagaimanapun, proses pembangunan tutor hologram manusia sebenar ini memerlukan proses yang rumit. Dengan kemampuan hologram yang boleh memaparkan pelbagai jenis karakter lain, penggunaan animasi karakter robot manusia boleh menjadi suatu alternatif dalam penyediaan medium tutor hologram ini. Namun, aspek pengalaman dan penerimaan pelajar terhadap pendekatan ini menjadi persoalan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangun tutor hologram karakter robot manusia dan melihat kesannya terhadap pengalaman pelajar (Lx). Model instruksi m-ADDIE dijadikan sebagai panduan pembangunan tutor hologram robot manusia serta bersandarkan teori dan prinsip berdasarkan tinjauan literatur yang berkaitan. Set soal selidik User Experience Questionnaire (UEQ) telah digunakan bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar selepas melalui sesi pembelajaran dengan tutor hologram. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa tahap penerimaan dan pengalaman pelajar terhadap tutor hologram karakter robot manusia ini adalah baik dan positif.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 47 time(s))