View Article |
Kajian keperluan pembangunan modul latihan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bagi topik Ungkapan Algebra tingkatan satu
Foo, Jing Yao1, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah2, Nur Hamiza Adenan3, Jet Yee Hoong4.
Kajian ini bertujuan menganalisis keperluan modul latihan Ungkapan Algebra Tingkatan Satu (MA-T1) dibina. Data diperoleh melalui kajian tinjauan dengan mengumpulkan respon daripada 31 orang guru matematik Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dari daerah Kinta, Perak. Instrumen kajian merupakan soal selidik keperluan modul latihan MA-T1 dibina. Keputusan kajian menunjukkan sebanyak 96.8% guru matematik menunjukkan terdapat keperluan terhadap modul latihan MA-T1 dan berminat menggunakan modul latihan ini sebagai bahan bantu mengajar. Ini menunjukkan penguasaan murid dalam Ungkapan Algebra masih lemah dan keperluan guru terhadap pembinaan modul latihan MA-T1 dapat dikenal pasti. Kertas kajian ini mencadangkan modul latihan MA-T1 dibina berdasarkan keperluan guru dan diharapkan modul ini dapat memberi manfaat kepada guru untuk meningkatkan penguasaan konsep dan kemahiran berfikir murid dalam pembelajaran Ungkapan Algebra.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Sun, Tronoh, Perak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 55 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|