View Article |
Ke arah kurikulum tersedia masa hadapan melalui pengajaran berasaskan pendekatan paragogi
Nur Ashikin Suhaimi1, Nor’ain Mohd Tajudin2, Mazlini Adnan3, Marzita Puteh4, Yerizon5.
Kurikulum pengajaran matematik peringkat pengajian tinggi perlu melalui suatu transformasi perubahan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing dan seiring dengan perkembangan kepesatan ekonomi negara. Pelbagai konsep pedagogi muncul dan yang terkini adalah pendekatan paragogi. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada kriteria paragogi yang dapat dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan pedagogi matematik pada peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghasilkan kriteria pendekatan paragogi untuk pengajaran dan pembelajaran matematik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui proses tinjauan literatur yang dilaksanakan secara insentif, tema dan ciri-ciri pendekatan paragogi ini ditentukan untuk panduan kegunaan para pendidik matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Proses ini turut merangkumi analisis model pengajaran dan pembelajaran dari aspek teori, model atau konsep, menelusuri beberapa dokumen dasar pendidikan yang berkaitan dengan pedagogi pengajian tinggi serta amalan terbaik dalam persekitaran pembelajaran yang efektif dalam dan luar negara melibatkan semua bidang termasuklah bidang matematik, serta analisis aspek yang menyumbang kepada pendekatan paragogi. Dapatan kajian menunjukkan lima tema telah dikenal pasti iaitu konteks sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran, meta-pembelajaran sebagai punca pengetahuan, rakan sebaya memberikan maklum balas konstruktif; pembelajaran tersebar dan tidak linear, dan sokongan dan motivasi bersama. Setiap tema telah diperincikan kepada beberapa item yang berjumlah 34 kesemuanya serta dijelaskan secara mendalam untuk panduan pendidik matematik. Input bagi tema dan item pendekatan paragogi ini mampu menjadi dorongan dalam mentransfomasi pembelajaran matematik di peringkat IPT sekaligus menyumbang kepada Kurikulum Tersedia Masa Hadapan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universitas Negeri Padang, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 67 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|