View Article |
Sintesis, aktiviti antiplasmodium dan kesitotoksikan secara in vitro sebatian porfirin logam ke atas starin plasmodium falciparum K1
Nuur Haziqah Mohd Radzuan1, Nur Aqilah Zahirah Norazmi2, Amatul Hamizah Ali3, Muntaz Abu Bakar4, Nurul Izzaty Hassan5, Hani Kartini Agustar6, Mohd Ridzuan Mohd Abd Razak7.
Jangkitan malaria adalah penyakit berjangkit serius yang disebabkan oleh parasit plasmodium dan harus dirawat sebagai perubatan kecemasan. Sehingga kini, tiada vaksin yang sudah dikomersialkan untuk mencegah malaria. Enam sebatian porfirin logam nikel (II) dan zink (II) berasaskan porfirinmeso bebasbes 5,15-difenilporfirin (2), 5, 15-diheksilporfirin (3)dan 5,10,15, 20-tetrafenilporforin (4) iaitu NiDDHP, NiDPP, NiTPP, ZnDHP, ZnDPP dan ZnTPP dihasilkan melalui penyejatan Lindsey sebelum dicirikan secara spektroskopi (resonans magnet nukleus, ultra lembayung boleh nampak, spektrometri jisim) dan fizikal (takat lebur). Aktiviti antiplasmodium dan kesitotoksikan secara in vitro terhadap strain rintang-klorokuina, P. falciparum K1 dinilai dan dibandingkan dengan aktiviti antiplasmodium dadah rujukan seperti klorokuina dan artemisinin. ZnDHP, ZnTPP dan NiDPP merencat pertumbuhan parasit dengan 50% kepekatan perencatan berkesan (EC50) dalam julat aktiviti antiplasmodium sederhana iaitu 21.4 sehingga 36.0 μM. Aktiviti kesitotoksikan terhadap sel mamalia Vero yang ditunjukkan oleh NiDPP, ZnDHP dan ZnTPP berada dalam julat tidak toksik iaitu 97 sehingga 587 μM. ZnDHP mempunyai nilai indeks pemilihan yang paling tinggi iaitu 27.2 μM, menunjukkan aktiviti antiplasmodium yang selektif terhadap perencatan plasmodium dan tidak toksik terhadap sel mamalia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- National Institute of Health (NIH) Complex , Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|