View Article |
Analisis tahap pengetahuan pedagogi kandungan (pck) guru pelatih Matematik
Kugan Mahendran1, Nur Hamiza Adenan2, Nor Suriya Abd Karim3, Rawdah Adawiyah4, Noor Wahida Md Junus5.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap PCK guru pelatih matematik berlainan jantina di sebuah universiti pendidikan di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 22 orang guru pelatih matematik sebagai sampel kajian yang dipilih secara rawak. Kajian dilaksanakan secara kaedah campuran yang melibatkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik maklum balas terbuka berkenaan pengetahuan dan kemahiran guru dalam menangani keperluan murid dalam pembelajaran dan konstruk pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap PCK guru pelatih matematik adalah rendah dan terdapat perbezaan tahap PCK antara guru pelatih perempuan dengan guru pelatih lelaki. Maka, kajian ini dapat dijadikan panduan bagi memperbaiki tahap penguasaan PCK dalam guru pelatih matematik dan seterusnya dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran.
Affiliation:
- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathi, Hutan Melintang, Perak, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 57 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|