View Article |
Tahap kesediaan guru pelatih Matematik UPSI dalam melaksanakan PAK21
Rowen Tingang Musa1, Nor Suriya Abd Karim2, Nur Hamiza Adenan3, Rawdah Adawiyah Tarmizi4, Noor Wahida Md Junus5, Vicky Ezekiel Anak Kelong6.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih Matematik di UPSI dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran serta hubungan antara sikap dan motivasi guru pelatih Matematik dalam melaksanakan PAK21 semasa proses PdPc dijalankan. Data diperoleh melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 123 orang guru pelatih Matematik di UPSI yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian merupakan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert 4 mata dan hasilnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu korelasi Pearson dengan menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sosial Sains (SPSS) untuk mengukur tahap dan hubungan antara pengetahuan dan kemahiran serta sikap dan motivasi di kalangan guru pelatih Matematik dalam melaksanakan PAK21. Keputusan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih Matematik dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi dalam melaksanakan PAK21 adalah di tahap yang sederhana. Kajian ini juga telah menunjukkan hubungan yang sederhana antara pengetahuan dan kemahiran. Manakala hubungan yang kuat telah didapati antara sikap dan motivasi guru pelatih Matematik dalam melaksanakan PAK21. Ini menunjukan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran serta hubungan antara sikap dan motivasi guru pelatih Matematik dalam melaksanakan PAK21. Kertas kajian ini mencadangkan supaya guru pelatih Matematik harus mengamalkan pedagogi PAK21 supaya hasrat untuk meningkatkan mutu pencapaian dalam bidang pendidikan akan bertambah baik dari semasa ke semasa.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 69 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|