View Article |
Penolakan Ajakan dalam Masyarakat Melayu dan Jepun: Satu Kajian Sosiopragmatik
Natsue Hieda1, Nor Hashimah Jalaluddin2, Mohammad Fadzeli Jaafar3.
Pemilihan lakuan komunikasi berkait rapat dengan pemikiran, nilai dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh penutur asli bahasa Melayu (MNS) dan penutur asli bahasa Jepun (JNS) terhadap dua situasi yang berlainan, iaitu "membeli-belah" dan "mengadakan parti". Kaedah pengutipan data yang diterapkan dalam kajian ini ialah kaedah lakonan terbuka menerusi perkhidmatan rangkaian sosial dengan melibatkan 20 orang informan bagi setiap kumpulan MNS dan JNS. Kajian ini membuat perbandingan terhadap kekerapan penggunaan formula semantik dalam kedua-dua konteks bahasa ibunda mahupun konteks antara budaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa MNS lebih menitikberatkan "kesantunan positif", manakala JNS lebih mementingkan "kesantunan negatif" bagi kedua-dua situasi dalam konteks bahasa ibunda apabila "niat penolakan" dikemukakan. Sementara itu, bagi penolakan untuk "mengadakan parti" dalam konteks bahasa ibunda, MNS menunjukkan "minat" secara tidak langsung dengan kerap menggunakan "kata seru positif", manakala JNS menunjukkan "minat" secara lebih eksplisit dengan kerap menyatakan {reaksi positif} dan {kesedihan}. Bagi konteks antara budaya pula, pendekatan MNS telah berubah untuk menitikberatkan "kesantunan negatif" serta menunjukkan "minat" secara terus terang mengikut norma dalam bahasa sasaran. Kajian ini telah menonjolkan pengaruh "situasi" serta daya keterbukaan dalam kalangan MNS yang mengelakkan konflik.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 49 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|