View Article |
Motif Flora dan Fauna dalam Sulaman Kelingkan Kelantan Berdasarkan Pendekatan Estetika Seni Melayu
Maizira Abdul Majid1, Norhayati Ab Rahman2.
Sulaman kelingkan Kelantan merupakan ciptaan seni busana Melayu sejak zaman-berzaman. Penerapan pelbagai motif flora dan fauna menggunakan sulaman benang emas dan perak dalam kelingkang menjadikan kelingkan busana yang indah dan eksklusif. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kehadiran motif flora dan fauna dan fungsinya, serta menganalisis unsur keindahan flora dan fauna dalam seni sulaman kelingkan menggunakan Pendekatan Estetika Seni Melayu gagasan Zakaria Ali (1989). Kajian ini menggunakan dua kaedah utama, iaitu kaedah kajian kepustakaan dan kaedah kajian lapangan dengan menemu bual pengamal atau pakar penyulam kelingkan khususnya di negeri Kelantan. Kaedah tinjauan juga dilakukan terhadap proses pengendalian bengkel sulaman kelingkan yang dilaksanakan di Kompleks Kraf Negara, Jalan Conlay Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan prinsip Pendekatan Estetika Seni Melayu untuk membuat analisis terhadap penggunaan motif flora dan fauna bagi memperlihatkan nilai keindahannya. Dapatan kajian menunjukkan sulaman kelingkan Kelantan telah menerapkan motif flora dan fauna sejajar dengan enam prinsip dalam Pendekatan Estetika Seni Melayu. Nilai keindahan dan estetika yang diperlihatkan melalui penerapan motif flora dan fauna dalam seni kelingkan Kelantan mempamerkan keunikan dan keistimewaan pemikiran bangsa Melayu itu sendiri dalam penghasilan seni busana Melayu.
Affiliation:
- Universiti Malaya, Malaysia
- Universiti Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 71 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|