Cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi kariah masjid di semenanjung Malaysia
Roziah Mohamed1, Nur Anizah Aziz2.
Koperasi kariah masjid (KKM) merupakan salah satu cabang koperasi kluster komuniti yang
disasarkan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM). Penelitian awal menunjukkan bilangan KKM masih kecil dan aktiviti yang dijalankan
juga terhad. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi meneliti profil serta mengenal pasti cabaran
dalam mengurus dan mentadbir KKM di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif melibatkan lapan buah koperasi yang dipilih berdasarkan kriteria pemilihan khusus.
Responden kajian terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan staf pengurusan
koperasi. Data kajian diperoleh melalui temu bual bersemuka bersama responden yang direkodkan
secara audio dan juga bertulis. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data temu
bual, hasil pemerhatian dan kandungan dokumen berkaitan. Kesemua koperasi yang terpilih
ialah koperasi fungsi pengguna dan perkhidmatan, serta mempunyai 200-500 orang anggota.
Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat enam cabaran utama yang dihadapi oleh KKM, iaitu
pendidikan koperasi, kepimpinan, kerjasama, persaingan perniagaan, kewangan dan kelestarian.
Kurangnya pendedahan tentang pendidikan koperasi menyebabkan kesukaran untuk menarik
anggota baharu, dan seterusnya menyumbang kepada masaalah kurang pengetahuan, keyakinan
dan minat dalam kalangan anggota sedia ada terhadap koperasi. Isu kepimpinan merangkumi
masalah kurang persefahaman antara ALK, kesukaran mendapat kerjasama dari AJK masjid
dan Jabatan Agama Islam negeri, manakala ALK sukar memberikan komitmen yang diharapkan
atas kekangan tugas hakiki masing-masing.
Affiliation:
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 38 time(s))