Persepsi masyarakat terhadap koperasi
Azmaliza Arifin1, Amalina Ibrahim2, Nur Anizah Aziz3.
Kajian ini dilaksanakan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM) untuk menilai persepsi masyarakat
terhadap peranan koperasi dan manfaatnya, di samping mengenal pasti program latihan dan
pendidikan yang sesuai untuk pembangunan modal insan. Masyarakat merujuk kepada anggota
koperasi, golongan belia dan penduduk setempat. Kajian ini merupakan satu tinjauan awal
melibatkan peserta Program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK) anjuran MKM daerah
Kemaman dan daerah Dungun, Terengganu. Objektif khusus kajian ialah untuk meneliti profil para
peserta dan mengenal pasti persepsi mereka terhadap koperasi. Data kajian diperoleh melalui
soal selidik melibatkan 440 orang peserta program berkenaan. Responden anggota koperasi (299
responden; 68%) lebih ramai berbanding anggota koperasi (141 responden; 32% ). Empat elemen
digunakan untuk menilai persepsi responden terhadap koperasi, iaitu, pengetahuan, sikap, tingkah
laku dan ekonomi. Kajian menunjukkan secara purata, anggota koperasi beranggapan mereka
mempunyai pengetahuan tentang koperasi, mempunyai sikap yang positif terhadap koperasi,
mempunyai tingkah laku yang mendorong ke arah pembangunan koperasi dan mempunyai
pandangan yang positif bahawa koperasi dapat membantu dalam hal kewangan untuk menangani
kos sara hidup, meningkatkan taraf ekonomi dan membantu masyarakat berpendapatan rendah.
Sebaliknya, responden bukan anggota mempunyai tahap kesedaran terhadap koperasi yang lebih
rendah, kurang mempamerkan sikap positif terhadap koperasi serta kurang menyertai aktiviti
yang dijalankan koperasi. Namun, mereka berpandangan positif bahawa koperasi membantu
masyarakat daripada segi ekonomi. Oleh itu, kesedaran tentang manfaat berkoperasi ini perlu
diperluaskan untuk menarik minat masyarakat menyertai atau menubuhkan koperasi.
Affiliation:
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 47 time(s))