Penyediaan rumah mampu milik dan pembiayaan patuh syariah oleh koperasi di Malaysia
Mohd Nusi Abdul Rahman1, Shahida Shahimi2, Mohd Adib Ismail3.
Rumah mampu milik merupakan salah satu isu utama rakyat di Malaysia pada masa ini kerana
permintaan rumah sedemikian adalah jauh lebih tinggi berbanding penawarannya. Oleh itu,
gambaran yang lebih tepat mengenai situasi penyediaan dan pembekalan rumah mampu milik di
Malaysia amat diperlukan untuk membantu dalam menyediakan pelan tindakan yang berkesan.
Khususnya, objektif kajian ialah untuk mengkaji tahap penglibatan koperasi dalam menyediakan
rumah mampu milik serta kemudahan pembiayaan patuh syariah, disamping mengenal pasti
cabaran yang dihadapi. Hasil kajian dijangka dapat membantu koperasi untuk mengenal pasti
produk pembiayaan perumahan patuh shariah yang sesuai untuk ditawarkan kepada pembeli.
Data kajian didapati menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dengan pengurusan
koperasi dan pengurusan hartanah di koperasi terpilih. Maklumat kajian juga didapati daripada
dokumen-dokumen yang relevan melalui kajian kes melibatkan tiga buah koperasi perumahan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan koperasi dalam aktiviti perumahan mampu
milik masih rendah, manakala kemudahan pembiayaan patuh syariah masih di peringkat
kajian. Koperasi berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan rumah mampu milik.
Antaranya, persaingan dengan pemaju swasta, kekangan sumber dana, kemerosotan nilai dan
prinsip berkoperasi dalam kalangan anggota, dasar kerajaan yang kurang jelas serta kerenah
birokrasi, harga tanah yang mahal, dan perubahan citarasa pembeli. Kajian ini berpendapat
bahawa bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor perumahan mampu milik, koperasi bolehlah
menggunakan mekanisme musyarakah mutanaqisah (MMQ), iaitu satu kaedah pembiayaan
perumahan patuh syariah.
Affiliation:
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 49 time(s))