Penglibatan mahasiswa dalam KOSISWA: Kajian empirikal di institut pengajian tinggi awam Malaysia
Mohamad Haniff Mohamad Hashim1, Mohd Zaib Mat Yunus2, Salwana Ali3.
Institut pengajian tinggi (IPT) bertanggungjawab meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan keusahawanan. Ilmu keusahawanan amat penting kepada para mahasiswa kerana
pendidikan peringkat tinggi berserta ilmu keusahawanan mampu membuka lebih banyak peluang
pekerjaan dan juga perniagaan kepada mereka. Dijangka, ini mampu mengurangkan kadar
pengangguran di kalangan graduan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, penglibatan
sebenar para mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan di institusi pengajian awam (IPTA) masih
rendah walaupun bilangan mahasiswa besar. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal
pasti ciri-ciri keusahawanan dan faktor-faktor yang mendorong aktiviti keusahawanan, serta
menilai tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan sebagai anggota koperasi
siswa (KOSISWA). Data kajian didapati melalui tinjauan sampel menggunakan borang soal
selidik. Responden terdiri daripada 230 orang anggota 17 buah KOSISWA di institusi pengajian
tinggi awam di seluruh Malaysia. Keputusan analisis regresi menunjukkan faktor paling signifikan
yang mendorong mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan KOSISWA ialah minat,
diikuti oleh pengetahuan tentang koperasi dan pelbagai kemahiran yang dimiliki. Dapatan kajian
ini amat berguna kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), IPT dan agensi kerajaan
bagi menambah baik modul program latihan serta pelan tindakan ke arah meningkatkan aktiviti
keusahawanan koperasi pada masa hadapan.
Affiliation:
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 48 time(s))