Isu dan cabaran yang dihadapi pergerakan koperasi ibu tunggal di semenanjung Malaysia: Satu tinjauan awal
Azliana Mohd Jelani1, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai2, Salmy Edawati Yaacob3.
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah bekerjasama dengan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) bagi menyediakan peluang kepada golongan wanita termasuk ibu
tunggal untuk berniaga atau bekerja. Justeru, KPWKM telah merangka pelbagai program yang
bersesuaian bagi meningkatkan penglibatan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan melalui
koperasi ibu tunggal. Namun, usaha menubuhkan koperasi melibatkan ibu tunggal bukanlah
mudah disebabkan pelbagai kekangan dan cabaran. Bagi meneliti isu ini dengan lebih lanjut,
kajian ini telah dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif melibatkan 23 buah koperasi ibu
tunggal yang berdaftar dengan SKM di Semenanjung Malaysia. Data kajian diperolehi melalui
temu bual terperinci dengan pegawai-pegawai SKM beberapa negeri dan anggota 23 koperasi
ibu tunggal tersebut. Hasil kajian mengenalpasti tiga faktor yang menyumbang kepada prestasi
yang tidak memuaskan oleh koperasi ibu tunggal, iaitu, sumber yag terhad, pengurusan yang
tidak cekap, dan kurangnya penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi. Juga, didapati bilangan
koperasi yang tidak aktif lebih banyak berbanding yang aktif. Oleh itu, bagi meningkatkan prestasi
koperasi ibu tunggal supaya setanding dengan koperasi-koperasi yang sudah berjaya, pengurusan
koperasi perlu dibekalkan dengan ilmu pengurusan yang mencukupi bagi membolehkan mereka
memimpin koperasi masing-masing dengan lebih baik.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 48 time(s))