Perbezaan pandangan masyarakat melayu dan cina terhadap dasar 1Malaysia: satu kes kajian di Satok, Kuching
Juanita Suraya, Shamsudin1, Dick Lembang, Dugun2, Stanley Bye, Kadam-Kiai3.
Setelah mendapat keputusan tidak memuaskan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008, maka Barisan Nasional (BN), harus mencari alternatif untuk menarik semula perhatian rakyat Malaysia supaya kembali memilih dan menyokong BN seperti sebelum itu. Satu strategi yang digunakan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak selepas mengambil alih pucuk kepimpinan negara pada tahun 2009 adalah dengan melancarkan Dasar 1Malaysia yang berbekal slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Dasar 1Malaysia yang dilihat mempunyai sifat perpaduan, integrasi dan kesaksamaan pasti akan menggundang pelbagai reaksi daripada pelbagai kumpulan etknik yang terdapat di negara ini. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisa perbezaan dan persamaan pandangan dan interpretasi masyarakat Melayu dan Cina di Sarawak, terutama sekali di sekitar kawasan komersial Satok - iaitu tempat kajian dilakukan - terhadap Dasar 1Malaysia dari aspek pengetahuan am mengenai konsepnya, dan penerimaan dan persetujuan mereka terhadap idea tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan persepsi dan interpretasi antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina berkaitan kefahaman terhadap Dasar 1Malaysia dan caranya dilaksanakan.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 66 time(s))