Integrasi aktiviti muzikal dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Satu kajian literatur
Sajastanah Imam Koning1, Mohd Nizam Nasrifan2, Noor Wahida Md. Junus3, Norshahida Nor Azmi4.
Integrasi aktiviti muzikal dalam matematik merupakan strategi pengajaran guru yang berfokuskan kepada penguasaan kandungan pembelajaran dalam kalangan murid. Di antara aktiviti muzikal dalam pembelajaran matematik adalah melibatkan pendedahan murid kepada elemen muzik seperti pic, tempo dan irama. Integrasi aktiviti muzikal dalam pembelajaran matematik di Malaysia mula ditekankan sejak Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan guru-guru agar mengaplikasikan gaya pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah. Perbincangan ini akan menganalisis literatur-literatur secara ekstensif berkaitan aktiviti-aktiviti muzikal yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Analisis akan membincangkan kaedah-kaedah, aktiviti-aktiviti muzikal yang digunakan dan impak aktiviti muzikal dalam pembelajaran matematik murid. Integrasi aktivti muzikal dalam matematik adalah seperti mengira detik lagu, nyanyian, berdikir, bermain instrumen dan mencipta lagu. Manakala impak bagi aktiviti pembelajaran integrasi ini adalah pencapaian, menyediakan situasi pembelajaran yang menarik, fokus, membina ingatan, menangani keresahan pembelajaran dan menguatkan konsep matematik murid. Akhir sekali, perbincangan akan turut mengemukakan cadangan bagi penyelidikan pada masa akan datang.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Sekolah Menengah Kebangsaan Slim, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 69 time(s))