View Article |
Pelaksanaan kaedah pendaraban cepat dalam topik pendaraban terhadap minat dan tahap pencapaian murid tahun empat: Satu kajian literatur
Mohd Khairi Hadzwan Johari1, Nor Zila Abd Hamid2, Siti Hidayah Muhad Saleh3, Biliana Bidin4.
Kajian ini adalah berkenaan literatur bagi pelaksanaan Kaedah Pendaraban Cepat dalam topik Pendaraban terhadap minat dan tahap pencapaian murid tahun Empat. Kaedah Pendaraban Cepat merupakan satu kaedah yang merangsang murid untuk membuat pengiraan mental. Pengiraan mental bermaksud pengiraan matematik yang dilakukan dengan menggunakan akal fikiran semata-mata, tanpa bantuan alat tulis dan alat mengira, dan tanpa terikat kepada algoritma. Topik Pendaraban merupakan satu topik yang memerlukan banyak pengiraan secara mental. Tambahan pula, topik Pendaraban merupakan satu topik yang sukar untuk dikuasai oleh murid terutamanya apabila melibatkan pendaraban dua digit dengan dua digit. Kaedah Pendaraban Cepat dapat membantu murid untuk membuat pengiraan mental secara cepat. Kajian literatur ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan kaedah ini dan untuk menilai impak kepada tahap pencapaian dan minat murid terhadap topik Pendaraban khasnya melibatkan pendaraban dua digit dengan dua digit. Literatur yang terkini menunjukkan bahawa kaedah ini sangat relevan dan signifikan dengan pengiraan secara mental. Oleh itu, guru matematik disarankan melaksanakan kaedah ini sebagai salah satu intervensi kepada masalah topik pendaraban.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Malaysia
- Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 49 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|