View Article |
ISU DAN CABARAN DALAM AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) PENDIDIKAN ISLAM
Saiful Abrar Zabidi1, Hafizhah Zulkifli22.
Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu pentaksiran yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2017. PBD memerlukan guru yang mempunyai pemahaman yang baik dalam kurikulum, pedagogi dan penilaian agar dapat merancang pengajaran dan penilaian yang sesuai berdasarkan keperluan pelajar di dalam kelas. Hal ini penting supaya tahap penguasaan (TP) pelajar yang direkodkan menggambarkan potensi sebenar pelajar. Kertas konsep ini ini bertujuan untuk membincangkan isu dan cabaran dalam amalan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru pendidikan islam. Kertas konsep ini memberikan maklumat tentang konsep pentaksiran bilik darjah (PBD), Pentaksiran Bilik Darjah Pendidikan Islam, isu dan cabaran dalam amalan pentaksiran bilik darjah (PBD) di kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) serta cadangan penambah baikkan. Dapatan dari kajian lepas mendapati bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berkait secara langsung dengan amalan pentaksiran. Justeru perancangan PdP dan PBD yang berkesan berdasarkan standard kandungan DSKP menjadi satu keperluan. Kesimpulannya, kertas konsep ini bakal memberi gambaran dengan lebih jelas tentang isu dan cabaran dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah pendidikan Islam di sekolah menengah di Malaysia memberi kesan langsung terhadap amalan pentaksiran bilik darjah (PBD) guru Pendidikan Islam.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia,, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 153 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|