Hikayat Faridah Hanum dianggap sebagai novel pertama Melayu yang memperkenalkan genre sastera moden dengan saduran yang teliti oleh Syed Syeikh Al-Hadi. Selain daripada pengkhususan kajian kepada ciri-ciri karya sastera Islami yang ada atau tiada di dalam novel ini, kritikan masyarakat dalam nada yang lebih kontemporari dan serapan dari pemikiran tokoh-tokoh gerakan Islam Timur Tengah, kajian ini juga menjurus kepada usaha islah dan tajdid penulis dengan meneropong jauh kepada nasihat-nasihat halus penulis di sebalik setiap babak dan juga estetika bahasanya malah kesannya yang mendalam terhadap masyakarakat Melayu.
Affiliation:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Malaysia