View Article |
Tahap Ketepatan Sebutan Konsonan Arab Sukar oleh Murid Prasekolah dalam Pembacaan Al-Quran
Mohamad Hussin1, Ain Zuhaily Mat Nuar2.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sebutan konsonan Arab dalam kategori sukar oleh murid prasekolah dan menganalisis bentuk kesilapan yang dilakukan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah rakaman audio pembacaan dan semakan ketepatan penyebutan oleh pakar bidang bagi memperoleh data yang diperlukan. Hasil kajian menunjukkan berlaku pelbagai kesilapan penyebutan dari aspek makhraj dan sifat huruf. Sepuluh konsonan Arab telah ditukar bunyinya kepada bunyi konsonan lain dengan kekerapan yang berbeza. Bunyi konsonan bahasa ibunda murid lebih mendominasi sebutan mereka menyebabkan kesalahan berlaku. Oleh yang demikian usaha melatih murid cara sebutan konsonan Arab yang betul adalah diperlukan untuk menghasilkan sebutan konsonan yang tepat.
Affiliation:
- Universiti Malaya (UM) 50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaya (UM) 50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 42 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|