View Article |
Intervensi Terapi Bermain Terhadap Isu Sosial dan Emosi Pelajar Pintar Berbakat
Nor Hamizah Ab Razak1, Amnah Zanariah Abd Razak2, Abdul Rashid Abdul Aziz3.
Klien dalam kajian ini adalah sekumpulan pelajar pintar dan berbakat (PPB) yang mengalami isu sosial dan emosi. Isu sosial dan emosi pelajar ini berpunca faktor psikologi dan fisiologi PPB itu sendiri seperti ketidakselarasan perkembangan, sikap kesempurnaan melampau dan juga ekspektasi yang tinggi daripada masyarakat. Selain itu, PPB juga merupakan ciri unik seperti memiliki tahap kognitif tinggi, kreatif dan daya imaginasi yang tinggi. Ciri-ciri tersebut secara tidak langsung telah menggugat keupayaan mereka untuk membuat keputusan dan juga berdaya tahan. Oleh yang demikian, sekumpulan pelajar ini telah diberi intervensi menggunakan Modul Terapi Bermain Kognitif Tingkah laku (Modul TBKT) yang memiliki elemen yang selari dengan ciri unik mereka. Setelah intervensi dijalankan sebanyak 6 sesi, pelajar-pelajar ini berkeupayaan meningkatkan keupayaan membuat keputusan dan juga daya tahan.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 57 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|