View Article |
Sejarah Perkembangan Tatabahasa Arab di Dunia Barat oleh Orientalis Pada Kurun 16M-19M
Nurshuhadah Zuhaidi1, Hakim Zainal2.
Pertembungan tamadun Islam dan dunia Barat telah membawa kepada perpindahan ilmu-ilmu Islam oleh orientalis. Ilmu-ilmu telah diterjemahkan oleh orientalis ke dalam pelbagai bahasa seperti Sepanyol, Latin, Itali dan Jerman. Antara ilmu-ilmu yang telah diterjemahkan ialah ilmu tatabahasa Arab. Ilmu tatabahasa Arab ini bukan hanya diterjemahkan malah turut diolah dan disesuaikan dengan masyarakat di dunia Barat oleh tujuh orang orientalis tatabahasa Arab. Sehubungan itu, penulisan ini bertujuan untuk menghuraikan sejarah perkembangan tatabahasa Arab di dunia Barat oleh tujuh orang orientalis pada kurun 16M-19M. Metodologi kajian ini bercirikan kualitatif yang berfokus kepada kerangka metodologi penyelidikan sejarah iaitu melalui proses heuristik, kritik, tafsiran dan sintesis sumber. Hasil kajian mendapati bahawa kemunculan disiplin ilmu tatabahasa Arab di Barat telah bermula pada kurun ke-16M dan dikembangkan oleh tujuh orang orientalis secara berperingkat menerusi karya mereka.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 30 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|