View Article |
Pesta Pongal dan Tahun Baru Cina, Perayaan Adat atau Perayaan Keagamaan? Satu Toleransi Agama di Malaysia
Farrah Wahida Mustafar1, Adam Badhrulhisham2.
Objektif kajian ini adalah untuk meneliti polemik perayaan Pesta Pongal dan Tahun Baru Cina sama ada perayaan adat atau termasuk daripada perayaan keagamaan dan jalan penyelesaiaanya dalam kerangka dialog untuk mencapai toleransi antara agama. Dalam hal ini, dialog bagi mencapai toleransi antara agama merupakan kaedah yang penting terutama bagi Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. Kajian kepustakaan berbentuk kualitatif ini mendapati Pesta Pongal yang diraikan oleh penganut Hindu adalah termasuk dalam upacara keagamaan kerana terdapat unsur penyembahan kepada Dewa. Manakala Tahun Baru Cina pula, terdiri daripada keraian kepada sambutan tahun baru yang boleh dikelaskan sebagai perayaan adat atau budaya. Berdasarkan hukum syarak, sebarang perbuatan yang mempunyai unsur tasyabbuhdalam akidah adalah dilarang sama sekali. Namun begitu,aspek tasyabbuhini perlu diteliti dengan lebih lanjut khususnya dalam konteks Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama. Oleh itu, menerusi kerangka dialog antara agama, kehidupan seharian dalam kerangka masyarakat majmuk dapat diwujudkan dalam suasana harmoni dengan mengambil kira roh perlembagaan Malaysia yang meraikan kebebasan beragama, dan dengan mengambil kira Islam sebagai agama bagi persekutuan.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 71 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|