View Article |
Garis panduan Pendekatan Syariah Terhadap Pengurusan Komisen Dana Awam Oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs)
Khadijah Amira Abdul Rashid1, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh2, Mohd Soberi Awang3.
Aktiviti kutipan dana merupakan salah satu kaedah yang sering dilakukan oleh NGO untuk mendapatkan dana. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan pengurusan dana awam oleh badan-badan NGO, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan kadar komisen daripada dana awam dan mencadangkan garispanduan patuh syariah terhadap pengurusan komisen dana awam oleh NGO. Metodologi yang digunakan ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual terhadap enam buah pertubuhan NGO di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek pengurusan dana awam yang dikendalikan oleh NGO. Kemudian, terdapat empat faktor yang mempengaruhi penetapan kadar komisen iaitu mengikut kadar upah amil zakat,keputusan daripada pihak atasan, rujukan kepada mufti, institusi zakat dan NGO-NGO lain serta berdasarkan kepadakos projek dan kos pengurusan. Selain itu, terdapat tujuh garispanduan pendekatan syariah terhadap pengurusan komisen daripada dana awam, iaitu staf beragama Islam, mengurus aspek dana awam secara sistematik, mengaplikasikan akad kontrak ijarah, wakalahatau ji’alah, mengambil komisen di antara 12.5% hingga 20%, memaklumkan pengambilan komisen kepada penderma, memaklumkan wang dana yang telah disalurkan dan dana awam disimpan di bank patuh syariah. Garispanduan ini berperanan sebagai rujukan kepada NGO-NGO lain pada masa akan datang.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 71 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|