View Article |
Ketokohan Al-Marbawi: Analisis Perkembangan Pengajian Ilmu Hadis
Mohd Solleh Ab Razak1, Roshimah Shamsudin Shamsudin2.
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan pengajian al-Marbawi dalam mendalami ilmu hadis bermula dari kecil sehinggalah dewasa. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian berbentuk kualitatif dilaksanakan melalui kajian kepustakaan di samping kaedah analisis kandungan yang digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan dan penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatdua fasa pengajian al-Marbawi dalam ilmu hadis iaitufasa asas pengajian ketika beliau menuntut ilmu di Tanah Melayu, khususnya bersama Tuan Hussain Kedah dan juga fasa kedua yang merujuk kepada fasa kematangan pengajian iaitu ketika beliau berada di Mesir yang melibatkan pembelajaran ilmu secara formal di Universiti al-Azhar serta secara tidak formal terutamanya melalui kitab Sahih Muslimdan Jami‘ al-Tirmidhi. Pendek kata, corak perkembangan pengajian tersebut membuktikan bahawa beliau sememangnya tokoh yang berwibawa dalam bidang hadis.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 41 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|