View Article |
Pemikiran Politik Ismail Raji Al-Faruqi di dalam Karya Islamisasi Ilmu dan Tawhid
Ariff Aizuddin Azlan1.
Sebagai seorang ilmuwan Islam, Ismail Raji Al-Faruqi telah menyumbang sebahagian besar di dalam bidang falsafah, teologi, pendidikan dan pemikiran. Dibekalkan dengan ilmu pengetahuan Islam dan Barat yang meluas, idea beliau telah memberikan kesan ke atas dunia akademik yang melangkaui disiplin. Al-Faruqi juga berjaya mengubah ideanya kepada bentuk yang lebih praktikal terutama sekali apabila beliau menubuhkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT) sebagai satu simbol yang mempamerkan kerelevanan metodologi pendidikan Islam. Dua karya beliau yang signifikan iaitu Islamisasi Ilmu: Prinsip Umum danRangka Kerja dan Al-Tawhid: Implikasi Ke Atas Pemikiran dan Kehidupan telah menjadi salah satu daripada rujukan utama di dalam bidang pengajian Islam kontemporari. Merujuk kepada kedua-dua karya ini, kajian ini berhujah bahawa pandangan Al-Faruqi terhadappolitik tidak dapat dielakkan dan beliau mempersembahkan pemikiran politik beliau dengan menghasilkan satu hubung kait yang kukuh di antara Islam dan politik. Selain itu, Al-Faruqi juga memperakui bahawa disiplin seperti Sains Politik adalah bersifat kritikal di dalam usaha untuk menilai situasi bermasalah yang melanda dunia Islam pada masa kini. Seperti pemikir politik Islam yang lain, Al-Faruqi juga tidak mengabaikan kepentingan konsep khilafah yang dilihat selari dengan Islam dan politik.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 34 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|