View Article |
Peranan Pengkorporatan Pentadbiran Zakat Terhadap Pengurusan Sumber Manusia: Kajian di Malaysia
Muhsin Nor Paizin1, Dr. Suhaili Sarif2.
Kajian ini dilakukan untuk membentangkan hubung kait antara pengkorporatanpentadbiran zakat terhadap pengurusan sumber manusia. Pengumpulan data dibuat secara kualitatif melalui kajian perpustakaan dan temu bual. Populasi kajian terdiri daripada negeri-negeri terpilih. Manakala sampel kajian adalah Johor, Perak, Selangor, PulauPinang dan Wilayah Persekutuan. Secara keseluruhan, kajian membuktikan implikasi pengkorporatandalam pentadbiran zakat memberi beberapa kelebihan berbanding negeri yang tidak mengamalkan pengkorporatan. Negeri-negeri yang tidak melaksanakan pengkorporatandilihat mengalami kesukaran untuk menambah kakitangan baru dan memberi jawatan tetap kepada kakitangan kontrak. Ini menimbulkan kesukaran untuk mengembangkan lagi operasi zakat. Bagi negeri yang melaksanakan pengkorporatanzakat pula boleh menentukan aktiviti perjalanan pengoperasian sendiri. Setiap permohonan kakitangan baru hanya perlu diluluskan di peringkat pengurusan dalaman syarikat mengikut keperluan semasa, dan sekiranya pihak pengurusan meluluskannya maka syarikat boleh mengiklankan jawatan kosong ke dalam media perdana. Kajian ini juga mencadangkan agar kajian lebih terperinci dilakukan terhadap kesan pengkorporatankepada keberkesanan dan kecekapan pentadbiran zakat di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 35 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|