Pengajian Malaysia dan penerimaan Bahasa Melayu di peringkat Antarabangsa dalam era “Wawasan Global”
Graf, Arndt1.
Kertas ini memfokuskan pada hubungan antara Pengajian Malaysia dengan pnerimaan antarabangsa bahasa Melayu pada era “Wawasan Global”. Dengan kebangkitan ekonomi Malaysia sejak 1970an, Pengajian Malaysia menjadi smakin popular di banyak negara. Analisis ini menujukkan bahawa dalam artikel bidang ilmu kemanusiaan dan sains sosial yang diliputi Web of Science (WoS) Core Collection, pengarang dari Malaysia menguasai Pengajian Malaysia, dengan jatah pasaran lebih daripada 86 % pada 2020. Pada masa yang sama, penyelidik dari 117 negara didapati aktif dalam bidang itu. Kertas ini menghujah bahawa inovasi teknologi dalam penyelidikan, khususnya pangkalan data yang mempunyai sifat “Akses Terbuka” dan “Pencarian dalam Teks Penuh”, seperti MyCite, menyumbang pada kerelevanan bahasa Melayu yang semakin meningkat dalam Pengajian Malaysia di peringkat antarabangsa.
Affiliation:
- Goethe University Frankfurt, Germany
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))