Leksikostatistik bahasa Che Wong dan Bahasa Melayu melalui aspek perbandingan kosa kata
Norajihah Muda1, Zaitul Azma Zainon Hamzah2.
Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat minoriti yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Masyarakat ini terbahagi kepada tiga kelompok utama, iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto. Setiap kelompok ini pula mempunyai enam suku yang berlainan. Suku Orang Asli Che Wong tergolong dalam kelompok Orang Asli Senoi. Orang Asli Che Wong secara umumnya tinggal di negeri Pahang terutamanya di Kampung Sungai Enggang Kuala Gandah Pahang. Secara keseluruhannya, masyarakat Orang Asli Che Wong menggunakan bahasa natif Che Wong ketika berkomunikasi. Informan dalam kajian ini melibatkan penutur Orang Asli Che Wong. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan hubungan kognat bahasa suku Che Wong dengan bahasa Melayu berdasarkan aspek perbandingan kosa kata dengan menggunakan kaedah leksikostatistik. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif ketika proses pengumpulan data melalui teknik rakaman dan lafaz. Data dianalisis berdasarkan kategori senarai kata Swadesh. Berdasarkan kajian, didapati bahawa terdapat beberapa leksikal bahasa Orang Asli Che Wong yang mempunyai pengaruh dan persamaan dengan bahasa Melayu. Analisis juga mendapati bahasa Orang Asli Che Wong mempunyai kekerabatan pada tingkat keluarga bahasa dengan bahasa Melayu sebanyak 76% dan terpisah antara 5 hingga 25 abad yang lalu.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 17 time(s))