Penggabungjalinan pendekatan semantik inkuisitif dengan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran-pembelajaran bahan seni bahasa
George Romiko Bujang1, Mary Fatimah Subet2.
Kajian ini dilakukan untuk menyingkap dan merungkai makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seni bahasa melalui penggabungjalinan Pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis teks bahan seni bahasa. Responden yang terdiri daripada tujuh orang pelajar Tahun Lima dipilih untuk menyertai kajian ini. Hasil kajian mendapati pendekatan SI yang digabungjalinkan dengan KBAT berupaya membantu pelajar merungkai makna yang terkandung dalam bahan seni bahasa. Pendekatan SI yang diketengahkan ini diharapkan menjadi kaedah terbaik dalam memimpin pelajar meneroka makna tersirat di sebalik bahan seni bahasa untuk menghasilkan impak pembelajaran yang lebih berkualiti dan bermakna.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 15 time(s))