Unsur spiritual dalam cerita lisan Melayu
Siti Aishah Jusoh1, Mohd Firdaus Che Yaacob2, Nasirin Abdillah3.
Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang mempunyai kepelbagaian corak budaya dan tatacara dalam struktur sosial. Kepelbagaian budaya menyebabkan tercetusnya pertukaran idea dan sudut pandangan baharu. Setiap teguran, sindiran dan pengajaran akan disampaikan melalui pantun, cerita-cerita seperti berunsurkan jenaka, legenda, mitos dan sebagainya. Cerita lisan Melayu mengandungi nilai estetikanya yang tersendiri sebagai panduan dan tunjuk ajar. Dalam konteks ini, cerita lisan diperturunkan dari mulut ke mulut melalui satu generasi kepada genarasi yang lain. Oleh itu, sudah semestinya tokok tambah dalam cerita rakyat akan berlaku kerana bergantung kepada situasi dan lapisan golongan pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti dan menganalisis ritual sumpahan yang terkandung dalam cerita-cerita lisan Melayu. Pengaplikasian Teori Budaya adalah sebagai deduktif dalam kajian ini. Kajian ini juga membataskan 12 data cerita lisan Melayu yang dipilih secara rawak berdasarkan Koleksi 366 Cerita Rakyat di Malaysia sahaja. Penelitian dan penghuraian terhadap cerita-cerita lisan ini adalah berlandaskan Teori Budaya untuk memantapkan analisis kajian. Hasil kajian membuktikan bahawa sesetengah cerita lisan Melayu terdapat unsur spiritual, iaitu sumpahan. Hal ini bukan sahaja menjadikan ia menarik tetapi juga memiliki pemikiran kreatif yang boleh dijadikan medium pendidikan kepada masyarakat tempatan.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))