Bentuk puisi tradisional Iban Timang Jalung
Ngabong Katoi1.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk puisi timang jalung yang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang dalam upacara gawai antu. Kajian ini memanfaatkan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kerja lapangan dan kajian kepustakaan serta analisis kandungan. Sampel kajian ialah lemambang yang menyanyikan puisi timang jalung di daerah Betong dan Saratok. Teori strukturalisme digunakan untuk menganalisis bentuk puisi timang jalung. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi timang jalung distrukturkan oleh baris dan rangkap. Kesimpulannya, bentuk puisi timang jalung diolah berdasarkan pengulangan suku kata pada akhir perkataan dalam baris dan di akhir baris dalam sesuatu rangkap. Implikasinya ialah kajian ini akan memberi pengetahuan tentang konvensi dan bentuk timang jalung. Pengetahuan tersebut dapat dijadikan sumber rujukan kepada para penulis untuk mencipta puisi moden yang berakar-umbikan tradisi.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))