View Article |
Melanau aku tidak pernah menolak takdirnya: Suatu analisis dari perspektif teori sosiologi
Sara Beden1.
Sesebuah karya sastera membolehkan masyarakat menjiwai unsur dan nilai dari segi kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan menanam perasaan bangga dan cinta kepada tanah air. Hal ini dikatakan demikian kerana sesebuah karya sastera memaparkan secara keseluruhan sosiobudaya dan sosioekonomi yang melatari sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kemelut dan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat wajar dirungkai agar berupaya memperlihatkan perjuangan mereka khususnya dari sudut Sosiologi. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan novel Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya karya Dahiri Saini (2020) dari segi penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesannya kepada khalayak. Oleh sebab karya ini amat erat hubungannya dengan aspek sosial, maka kajian ini mengaplikasikan Teori Sosiologi dengan memberikan fokus kepada tiga daripada empat kaedah krtitikan dalam teori ini, iaitu penulis dan teks, isu-isu sosial dan kesan teks kepada khalayak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan menganalisis kandungan teks. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pengarang seorang yang prolifik dalam berkarya dan memaparkan pemikiran perjuangan pelbagai kaum di Sarawak sebagai saluran aspirasi masyarakatnya untuk maju dan membangun. Novel kajian menzahirkan perjuangan masyarakat menerusi tindakan melestarikan sosiobudaya seperti adat, maruah dan warisan bangsa yang menjadi simbolik dalam kehidupan mereka. Sementara penyuguhan isu-isu sosial mengintepretasikan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat sehingga menjejaskan sosioekonomi mereka. Teks ini juga memperlihatkan kesannya kepada khalayak kerana mengandungi unsur didaktik yang berupaya memperlihatkan fungsi sastera. Implikasinya, watak-watak yang diperagakan oleh Dahiri Saini mencitrakan impian dan aspirasi beliau untuk mengangkat dan memartabatkan kaum Melanau dalam pelbagai bidang sebagai kaum yang disegani di Bumi Kenyalang.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 15 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|