Impak pandemik COVID-19 dalam penulisan puisi di Malaysia
Rosmah Derak1, Nor Ain Manap2, Arfah Ahamad3.
Saranan daripada kerajaan untuk sentiasa kekal berada di rumah (Just stay at home) bagi mengekang penularan jangkitan pandemik COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan menjadi satu titik tolak kepada lahirnya karya-karya sastera khususnya puisi tentang COVID-19 di Malaysia. Puisi-puisi ini bukan sahaja ditulis oleh golongan pengarang yang berkecimpung dalam bidang kesusasteraan, tetapi juga ditulis oleh golongan masyarakat yang cukup terkesan dengan pandemik ini. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu tentang pandemik COVID-19 dan menganalisis impak pandemik ini terhadap kehidupan manusia sebagaimana yang tergambar dalam kumpulan puisi atau antologi puisi tentang COVID-19 yang terbit pada tahun 2020. Kajian ini ialah kajian kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan, analisis kandungan dan analisis deskriptif terhadap kumpulan puisi/antologi puisi tentang COVID-19. Hasil kajian mendapati, isu-isu tentang COVID-19 telah mendapat tempat dalam kalangan penyair dan masyarakat seterusnya merancakkan lagi aktiviti sastera ketika dunia sedang berdepan dengan pandemik ini. Para penyair telah berjaya mengungkapkan impak pandemik COVID-19 terhadap kehidupan masyarakat sama ada dalam aspek psikologi, sosial, agama, budaya, pendidikan, kesihatan dan ekonomi. Oleh hal yang demikian, penerbitan kumpulan puisi atau antologi puisi COVID-19 ini dapat menjadi rujukan penting pada masa yang akan datang kerana berjaya merakam pelbagai peristiwa pahit getir yang dilalui masyarakat akibat pandemik COVID-19.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 14 time(s))