View Article |
Penggunaan Dinar Emas dalam Urusan Perniagaan Mengikut Perspektif Perundangan di Malaysia & Indonesia
Nur Khalidah Dahlan1, Farah Nuraliah Zainudin2.
Dinar emas merupakan mata wang logam yang berbentuk kepingan syiling emas. Pertikaian mengenai penggunaan dinar emas mula dibangkitkan ekoran daripada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ASEAN pada tahun 1998. Penggunaan dinar emas ini dikatakan tidak terdedah kepada spekulasi berbanding mata wang kertas kerana emas sentiasa mempunyai nilai, malah, dinar emas boleh digunakan sebagai kredit bagi pembayaran dua hala. Namun begitu, sehingga kini masih belum ada lagi peruntukkan perundangan yang diwujudkan bagi mengetengahkan isu penggunaan dinar emas sebagai pengganti wang kertas bagi setiap jenis transaksi perniagaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti undang-undang yang bersesuaian yang boleh diwujudkan terhadap penggunaan dinar emas di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis data penyelidikan melalui kajian kepustakaan dan kajian soal selidik. Hasil dapatan kajian ini adalah bahawa penerimaan penggunaan dinar emas di Kelantan membuktikan dinar emas sesuai digunakan di Malaysia jika penggunaannya dilakukan secara menyeluruh di Malaysia. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mengaplikasikan penggunaan dinar emas ialah dengan melaksanakan mekanisme sandaran nilai dinar emas bagi tujuan penstabilan mata wang di peringkat dunia. Dicadangkan juga bagi kajian masa hadapan untuk memfokuskan kepada mewujudkan peruntukan perundangan yang baru atau penambahan bahagian khas dalam akta-akta yang sedia ada mengenai pengamalan dinar emas.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Lydiana Law Chambers (lawfirm), Johor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 48 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|