View Article |
Persepsi pelajar terhadap kesan pembelajaran Kesusasteraan Melayu secara dalam talian
Saravanan P. Veeramuthu1, Mohamad Luthfi Abdul Rahman2, Jelani Harun3.
Kesan daripada pandemik COVID-19 turut terasa dalam dunia Pendidikan Tinggi Malaysia. Hal ini telah menyebabkan konvensi pengajaran bersemuka yang selama ini menjadi tradisi terpaksa diubah kepada pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Artikel ini cuba merungkaikan dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti persepsi pelajar tentang kelebihan dan kelemahan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam talian serta mengenal pasti korelasi antara persepsi pelajar dengan kesan pembelajaran kesusasteraan Melayu dalam talian. Kajian kuantitatif secara tinjauan melalui soal selidik menggunakan sampel yang terdiri daripada pelajar prasiswazah yang mengikuti kursus kesusasteraan Melayu sebagai major mereka di salah sebuah universiti tempatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa berdasarkan persepsi pelajar, aspek kelebihan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam talian mencapai min sebanyak 3.433 dengan sisihan piawai sebanyak 0.702 manakala min keseluruhan bagi kelemahan pembelajaran kesusasteraan Melayu dalam talian ialah sebanyak 3.988 dengan sisihan piawai 0.666. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara beberapa kesan dengan kelebihan pembelajaran dalam talian. Selain itu, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelemahan pembelajaran Kesusasteraan Melayu melalui dalam talian terhadap kesan yang dialami oleh pelajar. Implikasi kajian ini mampu menimbulkan kesedaran dalam diri pensyarah untuk mempersiapsiagakan diri mereka serta mengambil kira faktor capaian Internet, lokasi tempat tinggal, kesediaan pelajar dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 39 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|