View Article |
Sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia dalam Menangani Isu-Isu Sosioekonomi, 1971-2000
Siti Ruzana Ab Ghani1, Rahilah Omar2, Azlizan Mat Enh3, Russli Kamaruddin4.
Artikel ini membincangkan sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) terhadap masyarakat Melayu di Malaysia dalam menangani isu-isu sosioekonomi, 1971-2000-an. Kajian artikel ini dilakukan untuk mengisi kekurangan penulisan terhadap sumbangan badan NGO Islam bukan kerajaan yang dikenali sebagai gerakan Islam ABIM kepada masyarakat Melayu dalam menangani isu-isu sosioekonomi. Isu-isu sosioekonomi masyarakat Melayu selepas merdeka adalah sangat meruncing dan ini ditambah lagi dengan kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1970. Masyarakat Melayu masih terpinggir dari aspek sosioekonomi khususnya pendidikan Islam dan jurang pendapatan masih membimbangkan. Maka gerakan Islam ABIM bangkit membantu masyarakat Melayu dalam menangani isu-isu sosioekonomi ini. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan disiplin sejarah dengan menganalisis dokumen terhadap sumber primer seperti Laporan Tahunan ABIM, Risalah, Siaran Media, Kenyataan Akhbar, Ucapan Dasar Muktamar dan melalui temu bual. Sumber sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, buku, akhbar dan data atas talian. Hasil kajian membuktikan bahawa dari aspek sosial sistem pendidikan dalam gerakan Islam ABIM berjaya memenuhi keperluan sistem pendidikan Islam kepada masyarakat Melayu selari dengan pendidikan nasional. Sistem pendidikan dalam gerakan Islam ABIM yang terancang dan tersusun memberikan kesan kepada lahirnya pendidikan diniah. Manakala dari aspek ekonomi pula gerakan Islam ABIM telah menubuhkan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) yang dapat menambah pendapatan masyarakat Melayu khususnya dalam kalangan ahli semakin meningkat. Gerakan Islam ABIM juga secara tidak langsung dapat membantu pihak kerajaan Malaysia menyeimbangkan sosioekonomi penduduk khususnya masyarakat Melayu sehingga tahun 2000.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 71 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|