Kefahaman masyarakat terhadap kewujudan akronim baharu semasa COVID-19
Roslan Ali1, Mary Fatimah Subet2, Shahira Joha3, Muhammad Zaid Daud4, Salbia Hassan5, Dayang Sariah Abang Suhai6.
Beberapa akronim baharu telah wujud sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul daripada penularan COVID-19. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan kerangka pengkategorian akronim Nik Safiah Karim et.al (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 200 kongsian SMS mulai 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco telah dikenal pasti dan dianalisis. Kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang serta borang soal selidik berstruktur dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. Sebanyak 152 orang responden telah terlibat dan dapatan kajian mendapati bahawa terdapat akronim popular yang berkaitan dengan COVID-19 telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia. Penemuan ini membuktikan bahawa kewujudan akronim baharu ini telah memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 14 time(s))