View Article |
Faktor Penentu yang Mempengaruhi Kadar Kepuasan Pengguna Bas Smart Selangor: Kajian Kes Di Bandaraya Shah Alam
Hanita Hashim1, Yati Ashikin Abdul Wahab2, Hasliza Mohamad Ali3.
Visi kerajaan Negeri Selangor adalah menjadikan Selangor sebagai negeri pintar dan penyayang yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat Selangor. Dengan memperkenalkan bas pintar percuma yang telah beroperasi sejak Julai 2015 sebagai salah satu projek di bawah infrastuktur pintar dapat menjadikan Selangor sebagai negeri terulung di Asia pada tahun 2025. Tambahan pula, implementasi servis ini selari dengan konsep “Go Green” rendah karbon yang telah pun beroperasi di Shah Alam. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti
kadar kepuasan pengguna terhadap tiga dimensi yang dinamakan Keselesaan, Kebolehcapaian dan Keselamatan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan dalam kepuasan pengguna di antara Keselesaan dan Kebolehcapaian. Kajian juga mendapati ketiga-tiga dimensi Keselesaan, Kebolehcapaian dan Keselamatan mempunyai hubungan positif terhadap kadar kepuasan pengguna bas SMART Selangor. Pengguna juga bersetuju ketetapan masa perjalanan yang tidak menentu, kemudahan di hentian bas yang tidak selesa adalah faktor yang mempengaruhi kadar kepuasan pengguna. Pihak kerajaan negeri boleh menggunakan dapatan daripada kajian ini bagi meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan percuma ini pada masa hadapan.
Affiliation:
- Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya, Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|