View Article |
Kebolehintegrasian Pendidikan Al-Quran Dan STEM: Kajian Kesedaran Di Kalangan Pelajar Maahad Tahfiz Sains
Salina Muhamad1, Muhammad Nazir2, Zahirrudin Idris3, Sahrul Izwan Sapardi4.
Penerapan pembelajaran STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) dalam
pendidikan al-Quran dapat menjadikan aktiviti pengajaran lebih dinamik, konstruktif, interaktif dan melahirkan pelajar yang lebih peka terhadap kompetensi STEM. Namun, sehingga kini, perkara tersebut masih kurang diberi perhatian. Oleh itu, satu kajian kuantitatif telah dikendalikan melalui Program Q-STEM untuk mengenal pasti tahap kesedaran di kalangan pelajar Maahad Tahfiz Sains mengenai kebolehintegrasian antara pendidikan al-Quran dan STEM. Ia juga bertujuan untuk melihat korelasi dalam menentukan kebolehlaksanaan pendidikan al-Quran dan STEM dengan menjadikan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 daripada 3 buah Maahad Tahfiz Sains sebagai responden bagi menjawab soal-selidik yang mengandungi dua konstruk utama iaitu pengetahuan sebelum dan selepas mengikuti Program Q-STEM. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan
dan respon yang positif terhadap aspek pengetahuan, sikap, dan keyakinan diri para pelajar. Sebelum mengikuti Program Q-STEM, seramai 51% pelajar tidak mempunyai minat dan pengetahuan terhadap STEM (termasuk yang tidak pasti), manakala 49% mempunyai sedikit minat dan pengetahuan terhadap STEM. Dapatan ini menggambarkan betapa rendahnya tahap kesedaran di kalangan pelajar Maahad Tahfiz Sains terhadap kebolehintegrasian pendidikan al-Quran dan STEM. Namun, setelah mengikuti Program Q-STEM, peningkatan terhadap minat dan sikap hampir mencecah 97%. Ini jelas menunjukkan betapa perlunya satu modul untuk
dibangunkan bagi membantu tenaga pengajar untuk mengintegrasikan pendidikan al-Quran dan STEM ke dalam kurikulum sedia ada.
Affiliation:
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|