View Article |
Prototaip Aplikasi Realiti Maya Panorama UNISEL Sebagai Alat Bantu Pemasaran
Mohd Noor Rizal Bin Arbain1, Norhayati Binti Mohd Amin2, Norzita Binti Duriat3, Norazimah binti Awang4, Rosnita binti A Rahman5.
Persekitaran maya merupakan suatu kaedah bagi manusia untuk membayangkan, memanipulasi dan berinteraksi dengan komputer atau telefon pintar. Dengan makna yang lain, pengguna dapat merasakan kehadiran dirinya dalam sesuatu persekitaran tiruan. Ketika ini persekitaran realiti maya (virtual reality/VR) digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mewujudkan lawatan maya dari muzium, monumen, bandar atau tempat yang sukar dilawati yang menunjukkan peristiwa dalam gambaran 360 darjah persekitaran. Cabaran utama dalam pembangunan persekitaran maya ini adalah cara membawa pengunjung ke arah penyampaian situasi maklumat seolah-olah pengunjung merasa berada di dalam suasana persekitaran sebenar. Dengan persaingan pertumbuhan
bilangan di antara IPTS dan UA yang semakin mencabar, pelbagai usaha dan cara untuk menambahkan bilangan pelajar. Dengan itu objektif kajian ini adalah untuk memberi prospek gambaran awal Kampus UNISEL Bestari Jaya dalam suasana sebenar atau nyata, menyampaikan maklumat tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di UNISEL melalui teknologi realiti maya dan membangunkan satu aplikasi mudah alih (mobile) panorama UNISEL dalam realiti maya sebagai alat bantu pemasaran UNISEL. Antara kaedah penyelidikan yang digunapakai dalam kajian ini adalah melalui penggunaan Model ADDIE untuk pembangunan perisian yang terdiri daripada fasa Analysis (Analisis), Design (Rekabentuk), Development (Pembangunan), Implementation
(Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian). Hasil daripada kajian projek penyelidikan ini akan dapat
membangunkan satu aplikasi pemasaran mudah alih yang dapat membantu menggambarkan suasana UNISEL yang sebenar dengan lebih mudah dan jelas kepada orang ramai secara realiti maya seperti keadaan kampus, kemudahan yang disediakan dan sebagai satu platform promosi dalam meningkatkan ekonomi UNISEL sebagai sebuah destinasi perlancongan pendidikan pada masa hadapan terutama di Kampus UNISEL Bestari Jaya.
Affiliation:
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 25 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|