View Article |
Sifat Kesedaran Fonologi Dan Peranan Artikulasi Dalam Komunikasi Bahasa Melayu Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Abu Bakar Mohd Sheikh1, Said Darkasi2.
Sifat kesedaran fonologi dan peranan artikulasi dalam komunikasi bahasa Melayu pendidikan
awal kanak-kanak merupakan fenomena sosial. Justeru, wujud masalah daripada segi variasi sifat
kesedaran fonologi, hubungannya dengan faktor artikulasi, faktor jelas, konsisten, faktor bunyi artikulasi, dan faktor memahami bahasa arahan daripada segi kesedaran fonologi dalam kalangan murid yang belajar di tadika. Oleh itu, kajian ini untuk menghuraikan makna yang signifikan tentang keadaan sifat kesedaran fonologi dalam kalangan murid umur lima tahun hingga enam tahun. Daripada segi metodologi, ia menggunakan reka bentuk Kaedah Campuran melalui pendekatan berurutan, iaitu kajian kuantitatif dahulu kemudian baru diikuti oleh kajian kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian fenomena, iaitu kajian bagi berikhtiar memahami erti kejadian dan perkaitan terhadap individu yang berada dalam situasi tertentu. Ia turut menggunakan jenis fenomena yang berikut, iaitu makna yang signifikan yang dihadapi ke atas murid. Kajian ini menggunakan teknik temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan positif rendah (r = .18) antara sifat kesedaran fonologi dengan
peranan artikulasi atau sebutan yang betul dalam kalangan murid berumur lima tahun hingga enam tahun yang belajar di tadika. Ia juga mendapati bahawa daripada segi sifat kesedaran fonologi, murid melakukan dengan hampir-hampir betul tugasan konsep perkataan pertuturan, tugasan kesedaran struktur suku kata, tugasan kesedaran rima, tugasan penggantian fonem, dan tugasan kesedaran fonemik. Ia turut menyarankan kajian lanjutan.
Affiliation:
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 36 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|