View Article |
Impak Pinjaman Mikro Kredit Perniagaan Hijrah Selangor Terhadap Politik
Irny Suzila Ishak1, Hasliza Mohamad Ali2, Nasruddin Md Rahim3, Izwan Suhadak Ishak4.
Pembangunan usahawan kecil amat dititikberatkan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan
melebarkan golongan kelas menengah. Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan geran untuk Pinjaman Mikro Kredit Hijrah Selangor sebanyak 100 juta bagi pembangunan usahawan kecil. Namun begitu, masih belum ada kajian tentang impak Program Pinjaman Mikro Kredit Hijrah Selangor. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji impak Pinjaman Mikro Kredit Hijrah Selangor terhadap politik. Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan kajian tinjauan ke atas 1006 peminjam Hijrah Selangor yang telah sekurang-kurangnya melengkapkan satu kitaran pinjaman. Hasil kajian menunjukkan Program Pinjaman
Mikro Kredit Perniagaan Hijrah Selangor berjaya mempengaruhi kecenderungan mereka untuk menyokong kerajaan negeri sedia ada. Antara faktor yang mempengaruhi kecenderungan politik peminjam adalah dari aspek peranan ahli politik untuk memberikan sokongan bagi Pinjaman Mikro Kredit Perniagaan HIJRAH SELANGOR, penglibatan aktif dalam persatuan usahawan anjuran kerajaan dan program sokongan usahawan anjuran kerajaan negeri sedia ada bagi membantu usahawaan meluaskan jaringan perniagaan.
Affiliation:
- Universiti Selangor (UNISEL), Malaysia
- Universiti Selangor (UNISEL), Malaysia
- Universiti Selangor (UNISEL), Malaysia
- Universiti Selangor (UNISEL), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|