View Article |
Model Pengurusan Pembangunan Modal Insan Islamik Staf Unisel
Siti Amalina Ahmad Khairundin1, Wan Yusnee Abdullah2, Nadiah Zubbir3, Hajar Opir4, Zaharudin Othman5.
Konsep Pembangunan Modal Insan yang menjadi asas kepada pencapaian kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup insan boleh dilihat dari sudut ilmu, akidah, ibadah, anggota, rohani dan akhlak.
Bagaimanapun, konsep yang menunjangi model pengurusan pembangunan modal insan di Unisel tidak dapat dipersembahkan dengan jelas. Ini kerana, ketiadaan dokumen atau rujukan utama yang menjadi dasar kepada model tersebut. Meskipun begitu, sumber-sumber rujukan luar diambil sebagai model dalam melaksanakan pengurusan model pembangunan insan staf di Unisel dan tidak bersifat islamik. Sehubungan itu, artikel ini ditulis bertujuan membahaskan konsep Islam yang mendasari pembangunan modal insan. Penulisan ini juga menghurai kesesuaian model ini terhadap staf, dengan cara menganalisis pendapat sarjana barat dan Islam terhadap pengurusan pembangunan modal insan. Hasil kajian mendapati matlamat pembangunan modal insan
menurut sarjana barat adalah sejajar dengan kehendak syarak dan juga terdapat peluang untuk mengemukakan dan seterusnya, melaksanakan model pengurusan pembangunan modal insan islamik staf di Unisel. Kajian ini penting kerana ianya dapat menyumbang kepada idea pembinaan kerangka model pengurusan pembangunan modal insan islamik staf kepada pihak yang terlibat sejajar dengan visi dan misi Unisel.
Affiliation:
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
- Pejabat Timbalan Menteri, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|