View Article |
TAHAP DAN FAKTOR PENGLIBATAN AKTIVITI FIZIKAL KAKITANGAN UNIVERSITI SELANGOR
Mohd. Norazwan A. Bakar1, Hamdan Dato’ Mohd Salleh2, Khairul Firdaus Ne’matullah3.
Penyelidikan ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap dan faktor penglibatan kakitangan Universiti
Selangor di dalam aktiviti fizikal. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk melihat peringkat aktiviti fizikal samada aktiviti fizikal yang dilakukan itu memberi manafaat kepada pelakunya atau sebaliknya. Penyelidikan ini berupa” Descriptive Survey Research”. Data penyelidikan dikutip daripada orang ramai disebut responden. Responden yang dimaksudkan ialah kakitangan Universiti Selangor yang berada di Kampus Bestari Jaya Seramai 231 orang responden telah terlibat di dalam penyelidikan ini.Instrument yang digunakan ialah soal selidik. Responden telah ditanya mengenai aktiviti fizikal yang dilakukan berdasarkan soal selidik International Physical Activity Questionnaire (IPIQ). Penyelidik mendapati ramai kakitangan Universiti Selangor melakukan aktiviti fizikal
sebagai cara hidup mereka. Namun aktiviti yang dilakukan masih belum mencapai tahap yang sempurna. Responden kerap melakukan aktiviti fizikal tetapi masih ditahap yang sederhana dan rendah. Penglibatan responden di dalam aktiviti fizikal dipengaruhi oleh sikap yang hanya berkehendakan pengiktirafan, bukannya kepada sikap inginkan cara hidup yang sihat. Penyelidikan ini menemukan faktor penglibatan kakitangan di dalam aktiviti fizikal amat tinggi. Namun secara khususnya, responden tidak melakukan aktiviti fizikal mengikut prinsipprinsip ilmu senaman.Penyelidikan ini membuat kesimpulan bahawa masih ramai kakitangan Unisel kurang
menjadikan akiviti fizikal sebagai amalan harian mereka.
Affiliation:
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 23 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|