View Article |
Rasuah dan integriti dalam pentadbiran awam di Malaysia: Sorotan literatur
Wook, I1, Md Yusof, A. F2, Haron, H3.
Isu rasuah dan kelemahan integriti membabitkan perkhidmatan awam di Malaysia merupakan aspek penting yang perlu diambil perhatian, memandangkan tahap rasuah yang dianggap serius dalam banyak kajian dan laporan. Amalan rasuah di dalam pentadbiran kerajaan mampu menyebabkan kegagalan dalam sistem penyampaian dan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Makalah ini meneliti kajian-kajian terdahulu berkaitan integriti dan rasuah melibatkan penjawat awam, khususnya aspek yang dicakupi oleh kajian-kajian tersebut. Ini adalah bagi mengenal pasti tahap risiko rasuah membabitkan pentadbiran awam, faktor-faktor kepada perlakuan rasuah serta cadangan bagi menangani isu ini. Kajian bagi makalah ini menggunakan kaedah kepustakaan iaitu mengumpul dan meneliti kajian-kajian lepas yang berkaitan. Hasil dari sorotan literatur ini menunjukkan kajiankajian berkenaan mendapati persepsi umum terhadap masalah tersebut adalah serius, manakala sektor yang mempunyai kecenderungan tinggi melakukan rasuah adalah sektor penguatkuasaan undang-undang dan perolehan. Kewujudan peluang dan kesempatan kepada penjawat awam, khususnya iklim etika yang rendah dalam organisasi seperti kelemahan dalam pengurusan, serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang membuka risiko rasuah. Oleh yang demikian, pendidikan dan penghayatan nilai etika kerja yang baik, penguatkuasaan undang-undang antara lain adalah penting bagi memastikan tahap integriti yang tinggi dalam kalangan kakitangan awam bagi mengurangkan risiko rasuah dalam pentadbiran awam. Makalah ini juga penting bagi mengkaji jurang yang terdapat di dalam kajian-kajian terdahulu berkenaan integriti dan rasuah melibatkan pegawai awam dan mengenal pasti aspek-aspek seterusnya bagi tujuan kajian lanjut.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 172 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|